10 January 2013

tatkala aku sibuk mecari imamku / makmumku

Assalamualaikum.

'tatkala aku sibuk mencari imamku /makmumku' adalah versi islamik untuk 'tatkala aku sibuk mencari pasangan hidup' . nampak kool gila ayat >.<

artikel ni ana tulis atas sebab ana baru tersedar, baru terjaga dari 'penyakit gatai nak menikoh' seperti snow white yang terjaga slps di 'bitch-slap' oleh seorang lelaki tua yang terserempak dengannya dan sempat lagi orang tua tu bertanya ''hey anak muda, mana hijab kamu?" . *ookey ana tipu bab gatai nak menikah, yang snow white tu betoi. *hmmm okey fine! ana tipu apa yang ana tipu td -.-

selepas tgk video Sheikh Ahmad Deedat, ana tersentak, mcm video ni tujukan untuk ana. dalam video ni, sheikh tersebut kata muslim sekarang mcm dah kena testoectomy, tadak 'ball' dah tak berani untuk sebar ajaran Islam.


bila dipikir balik, sejak ana lahir, tak pernah lg ana sampaikan ajaran islam kpd sahabat yang non-muslim. pengalaman ana jadi 'pendakwah rugged', sangatlah perlukan kesabaran yg tinggi. dulu orang pggey ana 'apek'. dakwah mat rempit, mat punk, geng gila betina, tokan dadah, budak kongsi gelap. semua ni sahabat ana. depa ni dah dididik dgn makpak bapak. Alhamdulillah senang sikit kerja, just ana perlu ingatkan depa dosa dan pahala.
byk cabaran. kena pulau, kena maki-hamun, kena ugut T.T . takpolah.. mati syahid insyaAllah. suruh depa sembahyang dan tinggai benda maksiat ja pun. tapi ada ja yang terima dengan baik.


ada sorang hamba Allah ni, dia seorang kaki botol, malam rabu malam sabtu ja, pi club. Ladies' Night. tapi dia still sembahyang. ya, sembahyang tu wajib. hak Allah sama ada nak tentukan nak terima atau tak solat tu. kita manusia takleh kata apa. Jadi selepas ditarbiah, alhamdulillah dia dah berhenti dan sekarang dah mengaji kat luar negara. BAGUS !

okey, berbalik point tadi, nak dakwah kpd yang bukan islam? mungkin agak berat dan susah, sebab depa ni tak pernah dididik pasai Islam. mungkin cabaran dia lagi besar dari dakwah bdk bdk islam. tapi ganjaran dia lagi besar sebab sebarkan islam.

pernah ana baca satu artikel di mana seorang lelaki cina malaysia memeluk islam di US. dia kata 'kalau aku tak tahu hal ni(islam), dan tak peluk islam,di akhirat nanti aku akan salahkan orang orang islam kerana tak mengajar dan berdakwah kpd aku'.

jadi para sahabat? yakinkah dengan sembahyang,puasa dan meninggalkan perkara maksiat ni buleh jamin kita masuk syurga dan jauhi neraka? orang-orang bukan islam perlukan dakwah islam, kalau tak dapat, depa akan salahkan kita di akhirat.
so, para pembaca, YOU HAVE A NEW MISSION, A NEW OBJECTIVE !