02 January 2013

Happy New Year ! New 'Azamul Qalb !

assalamualaikum para sahabat . selamat tahun baru . sedar tak sedar ana dah 19tahun . rasa mcm baru kelmarin ja lahir kat dunia ni . over gila =='

Funny New Years Card - Happy Funny New Years Card Happy New Year 2013 A by emilymcdowelldraws funny images New Year 2013
sebut ja tahun baru , mesti kaitkan dengan azam baru. memang dah jadi budaya/tradisi . budaya mai tang mana pun taktau. sebenarnya ,perlukah kita berazam nih ? 

sebelum tu , definasi 'azam' ? ikut teori ana , azam tu sesuatu perkara yang kita impikan atau kemahuan. matsalleh kata 'something u dream of' .


jawapannya , YA ! dengan berazam kita akan bermuhasabah diri. kita lihat dan fikir balik apa yang kita buat tahun lepas , benda buruk kaaa benda baik kaa , azam tahun lepas dapat achieve ka dak , jadi secara tak langsung akan berlaku satu penghijrahan ke arah yang lebih baik dlm diri kita. contohnya " tahun lepas aku rompak bank dapat la dalam 5ringgit , tahun ni azam aku nak bg buleh dapat 10ringgit ! kena usaha lebih ni. yeah , fighting ! " kata si perompak . okey ni ajaran sesat ==' tapi lebih kurg mcm tu la.

Riwayat At-Tarmizi ,Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

”Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah Taala (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)”

kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan doa . mulakan azam tahun baru ni dengan usaha walaupun sekecil zarah. insyaAllah , setiap usaha akan bawa kita ke peringkat yang lebih tinggi dan keinginan yang lebih tinggi. tambahan, lebih elok kalau kita tiap tiap hari berazam :)

konklusi, berazamlah perkara yang baik kerana Allah swt. Jazakallah