09 January 2013

perempuan minat yang mana?

Kiah ada 2 orang secret admires iaitu si Ali dan Abu. Kiah baik orangnya , lagi 1percen nak dekat perfect.*okey tipu ==' .. Ali ni agak pemalu, dan sangat menjaga ikhtilatnya, berlainan pula si Abu. mudah bergaul dan mesra orangnya. masing-masing berniat untuk memperisterikannya. 

Demi memikat hati Kiah, Abu setiap hari mendekatinya beramah mesra dengannya. Gelak sana gelak sini. dan hubungan mereka semakin akrab tapi still tak bagitau perasaannya dan niatnya. Manakala Ali pula, hanya bertegur sapa dan bersembang dengannya akan hal hal penting shja, juga masih merahsiakan perasaan serta niatnya.

Pepohon cinta kian merimbun,semakin dicantas semakin bertunas, itulah perasaan dua orang teruna ni. Ustaz Jamnul Azhar kata 'mabuk taik telinga' . Jadi, pada hari yang sama, Kiah mendapat 2helai warkah iaitu dari Ali dan Abu, kedua dua surat berkenaan hajat untuk memperisterikannya. Agak agak Kiah nak pilih siapa ? =='


Salam. Ana nak sangat tahu jawapan dia. buleh ja ana buat experiment . upah lagi sorang lelaki, dan cari sorang mangsa . biar ana jadi Ali. tapi bukankah ni satu harassment. siapakah ana nak main perasaan akhawat ? sebagai pelembut hati , sebagai penyelesai masalah ni , ana percaya 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."-An-Nur;26