24 January 2013

ISTANBUL AKU DATANG !




Assalamualaikum.
Hohoho, ana baru ja habeh tengok cita istanbul-aku-datang. agak tak senonoh la cita dia ==' pegang pegang banyak ngat eh. kesian kat laki pelakon heroin.

okeh okeh sambung. elok ja habih layan, ana bangun dan berdiri atas katil lalu menjerit "ISTANBUL AKU DATANG !" dengan penuh awesome. memang dah plan pun nakpi turki nih. paren pun bg greenlight, oyehh.
mula-mula ana habaq nak guna agent. tapi ana rasa ana nak try secara 'backpack traveller'. nakpi sengsorang :) tak bgtau paren pun, heeee.. sejak tadika lagi ana ada impian nak jadi adventurer, sumpah tak tipu. dulu ana suka sangat . suka suka suka sangat >.< tengok documentary traveller. pi tempat tu, pi tempat ni. mai masuk zaman sekolah, ana pikiaq, awat la mat salleh senang sangat melancong, orang malaysia ni punya la susah. terperap ja tau. revolusi minda ~
jadi, macam mana nak ke Turki? senang jaaa, pi airport, beli ticket, then tunggu flight nak terbang. hoho senangkan? tambahan, nak ke Turki nih, TIDAK MEMERLUKAN VISA. jadi takpayah la nak apply visa sebulan sebelum. visa akan dapat on the spot dekat emigresen. pakcik emigresen tanya awat mai turki, habaq ja 'i just come here for holiday'. takyah gatai nak pi habaq jumpa pakcikmakcikkawangundikbawab
budget ana hanya +/-RM4000 ! nampak ja mcm tak cukup. ana dah kira insyaAllah cukup :)

flight pibalik - RM 1250 (dari mesir murah la, kalau dari malaysia, mahal sikit*double kut)
hotel -average RM200/malam -RM200x7malam= RM 1400
pengangkutan - RM 300
makan&minum - RM 300 (mknn ni kalau buleh serendah yang mungkin, sbb dr sini, duit habis banyak,so spare makanan)
entrance fee untuk museum dll - RM 200
baki ada lagi = RM550 (shoppppppinggggggggg! :D)

incase kalau ada sense overbudget, tido la kat masjid :) bawak jubah and kopiah siap siap. berlakon jd tabligh.kalau tak nnti kena halau. XD teruk perangai. haha

jadi, para sahabat doakan ana berjaya sampai :)



20 January 2013

Allah tuhan siapa?

Assalamualaikum.

wahai rakan wahai sahabat,
PRU13 sudah hampir sudah dekat,
pihak kiri pihak kanan ada baik ada jahat,
isu kalimah Allah pula dalam masyarakat.

Allah ni tuhan siapa? Dalam surah al-fatihah ayat-2 pun ada jawapan. 

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
'segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam'

Secara ringkas, Allah swt ialah tuhan bagi sekalian makhluk dan ciptaanNya. Walaubagaimanapun,bagi pendapat ana dalam menterjemahkan tuhan kepada kalimah 'Allah' dalam kitab bible Melayu, sangatlah tak wajar dan patut dibantah.  

Hal ini akan menimbulkan kecelaruan kepada generasi akan datang dan menjatuhkan kesucian Allah swt. Dalam bible, tuhan dikatakan beranak-pinak dan lain lain lagi.Sebagai umat Islam, kita tahu Allah swt tidak beranak dan diperanakkan. Tambahan,perkara ini akan menyusahkan proses dakwah kepada muslim dan non-muslim. Dan ana yakin dengan sixth-sense ana, isu ni, mungkin ada udang disebalik batu.

Jadi, sementara masih sempat, lawan dan bangkang !
Wallahualam.

sekali sekala


nak pakai jugak blazer !

12 January 2013

result oh result

Assalamualaikum.

harini result keluar. pertama sekali, ana nak kalam,.. alhamdulillah. bukan sebab dapat result yang cemerlang, tapi sebab Allah dah bagi petunjuk. result ni ana jadikan wake up call. cara ana study selama ni sangatlah tak berkesan. buat nota baca hafal memang takkan berjaya, kena bagi faham jugak. jadi sahabat sahabat, betulkan balik niat kita sebab apa kita study.

10 January 2013

tatkala aku sibuk mecari imamku / makmumku

Assalamualaikum.

'tatkala aku sibuk mencari imamku /makmumku' adalah versi islamik untuk 'tatkala aku sibuk mencari pasangan hidup' . nampak kool gila ayat >.<

artikel ni ana tulis atas sebab ana baru tersedar, baru terjaga dari 'penyakit gatai nak menikoh' seperti snow white yang terjaga slps di 'bitch-slap' oleh seorang lelaki tua yang terserempak dengannya dan sempat lagi orang tua tu bertanya ''hey anak muda, mana hijab kamu?" . *ookey ana tipu bab gatai nak menikah, yang snow white tu betoi. *hmmm okey fine! ana tipu apa yang ana tipu td -.-

selepas tgk video Sheikh Ahmad Deedat, ana tersentak, mcm video ni tujukan untuk ana. dalam video ni, sheikh tersebut kata muslim sekarang mcm dah kena testoectomy, tadak 'ball' dah tak berani untuk sebar ajaran Islam.


bila dipikir balik, sejak ana lahir, tak pernah lg ana sampaikan ajaran islam kpd sahabat yang non-muslim. pengalaman ana jadi 'pendakwah rugged', sangatlah perlukan kesabaran yg tinggi. dulu orang pggey ana 'apek'. dakwah mat rempit, mat punk, geng gila betina, tokan dadah, budak kongsi gelap. semua ni sahabat ana. depa ni dah dididik dgn makpak bapak. Alhamdulillah senang sikit kerja, just ana perlu ingatkan depa dosa dan pahala.
byk cabaran. kena pulau, kena maki-hamun, kena ugut T.T . takpolah.. mati syahid insyaAllah. suruh depa sembahyang dan tinggai benda maksiat ja pun. tapi ada ja yang terima dengan baik.


ada sorang hamba Allah ni, dia seorang kaki botol, malam rabu malam sabtu ja, pi club. Ladies' Night. tapi dia still sembahyang. ya, sembahyang tu wajib. hak Allah sama ada nak tentukan nak terima atau tak solat tu. kita manusia takleh kata apa. Jadi selepas ditarbiah, alhamdulillah dia dah berhenti dan sekarang dah mengaji kat luar negara. BAGUS !

okey, berbalik point tadi, nak dakwah kpd yang bukan islam? mungkin agak berat dan susah, sebab depa ni tak pernah dididik pasai Islam. mungkin cabaran dia lagi besar dari dakwah bdk bdk islam. tapi ganjaran dia lagi besar sebab sebarkan islam.

pernah ana baca satu artikel di mana seorang lelaki cina malaysia memeluk islam di US. dia kata 'kalau aku tak tahu hal ni(islam), dan tak peluk islam,di akhirat nanti aku akan salahkan orang orang islam kerana tak mengajar dan berdakwah kpd aku'.

jadi para sahabat? yakinkah dengan sembahyang,puasa dan meninggalkan perkara maksiat ni buleh jamin kita masuk syurga dan jauhi neraka? orang-orang bukan islam perlukan dakwah islam, kalau tak dapat, depa akan salahkan kita di akhirat.
so, para pembaca, YOU HAVE A NEW MISSION, A NEW OBJECTIVE !

09 January 2013

perempuan minat yang mana?

Kiah ada 2 orang secret admires iaitu si Ali dan Abu. Kiah baik orangnya , lagi 1percen nak dekat perfect.*okey tipu ==' .. Ali ni agak pemalu, dan sangat menjaga ikhtilatnya, berlainan pula si Abu. mudah bergaul dan mesra orangnya. masing-masing berniat untuk memperisterikannya. 

Demi memikat hati Kiah, Abu setiap hari mendekatinya beramah mesra dengannya. Gelak sana gelak sini. dan hubungan mereka semakin akrab tapi still tak bagitau perasaannya dan niatnya. Manakala Ali pula, hanya bertegur sapa dan bersembang dengannya akan hal hal penting shja, juga masih merahsiakan perasaan serta niatnya.

Pepohon cinta kian merimbun,semakin dicantas semakin bertunas, itulah perasaan dua orang teruna ni. Ustaz Jamnul Azhar kata 'mabuk taik telinga' . Jadi, pada hari yang sama, Kiah mendapat 2helai warkah iaitu dari Ali dan Abu, kedua dua surat berkenaan hajat untuk memperisterikannya. Agak agak Kiah nak pilih siapa ? =='


Salam. Ana nak sangat tahu jawapan dia. buleh ja ana buat experiment . upah lagi sorang lelaki, dan cari sorang mangsa . biar ana jadi Ali. tapi bukankah ni satu harassment. siapakah ana nak main perasaan akhawat ? sebagai pelembut hati , sebagai penyelesai masalah ni , ana percaya 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."-An-Nur;26

05 January 2013

kemanakah mereka ?

أسلام عليك
هاري إني أنا ناك سطوري سكيت

malam keliwon ,pukul 10malam, selesai sudah majlis. ana dgn ahli bait(rumah) , keluar la dari dewan. ustazah-ustazah duk kumpul kat pagar, tunggu mushrif(bodygourd) masing-masing. ada ja yang ustazah yang berani , tak guna khidmat mushrif . berani ngat ehh

tengah duk jalan nak pi stesen tram , tiba tiba ana perasan ada 2orang ustazah follow ana . haa ustazah.. tau pun takut jalan takdak mushrif. dengan pak arab yang perangai hawaq, kacau anak dara orang, heihhhh

depa follow dari belakang. selalu kalau jadi mushrif, ana prefer duk belakang, buleh nampak depa.tak amik kesempatan nah. ana bukan macam tu. ni kalau duk depan , jenuh nak kaleh pala usha depa . sat sat toleh belakang sat sat toleh belakang ==' 

penat duk toleh belakang, berhenti la. then lps 2-3minit, sampai kat satu intersection. pusing pusing belakang , aik heran ! ke mana mereka ? wahai ustazah , enti di mana? jangan la main aci sembunyi dgn ana. hati dan jiwa raga gundah gulana. benda benda buruk mula bermain di minda. ana dan ahli bait , berhenti berjalan. ana patah balik sikit , nak usha , kut kut tengah singgah kedai kain. kalau depa singgah shopping tu, memang ana nak luku pala *tak eh , takkan buat. tapi tak dak pun . ops mencari pun berhenti dan terus menuju ke stesen. dengan penuh harapan agar ustazah ustazah tu selamat sampai ke rumah. alhamdulillah, setakat ni ana tak dengar berita berita buruk pasal 2pelajar akhawat kena culik .

why you should marry me? and why you should not marry me?

assalamualaikum.

hik hik hik *gelak gegirl comel .
menyampah pulak ana . HAHAHA boring , dah habih study .
artikel tujuannya nak banggakan diri , dan mencari kelemahan diri ana. dan nak mempromote diri ana. xD
tak lupa juga bincang pasal ciri ciri calon pasangan yang ideal.


Adakah enta taat beribadah kepada Allah swt ?
maalish ana takleh nak jawab. tapi ana nak masuk syurga takmau masuk neraka.

Adakah enta hormat akan orang tua enta ?
bapak ana rock, mak ana penyayang. highly respect both of them.

Adakah enta setia dan bertanggungjawab ?
setia kepada Allah swt. tanggungjawab? sangatlah takleh pakai ana ni. semalam kena cuci pinggan mangkuk , tapi tertidur pulak . hoho teruk betul. tapi ana la paling ambil berat hal kebersihan kekemasan rumah.

Adakah enta seorang penyabar ?
jarang sekali marah . 6bulan sekali . but there is a monster inside me, really dont want it comes out. *speaking la pulak

Adakah enta seorang yang cerdik pandai ?
sejak di bangku sekolah rendah lagi, ana tak pernah dapat no 1 dalam class . pernah dapat straight A time UPSR ja T.T

Adakah enta seorang yang rajin ?
ana berkeinginan tinggi, tapi malas tu sentiasa ada. pantang schedule free, tau nak relax ja. haihhh

Adakah enta seorang penghibur ?
ana main alat music, tapi ana tak pandai berjenaka. kurang karisma, kurang bercakap.

Kata-kata hikmah dari enta ?
"nak buat dosa, biarlah sorang. nak buat pahala , ajaklah ramai-ramai"


sejak dari dulu lagi, ramai orang sifatkan ana ni misteri. jadi bas(cukup) , duk mesir ni , no more 'misteri' guy !

layakkah ana menjadi calon suami enti/antuna ? 

salam. jazakallah

04 January 2013

Adab di dalam masjid, surau, musolla .

saya engaged saya married, tapi kat facebook jew !

Assalamualaikum para sahabat .

zaman dah berubah , 
dunia semakin maju , 
ilmu semakin bertambah ,
tapi pemikiran duk serupa tu .

aku sangatlah hebat ,
tengokla facebook aku ,
aku kapel sampai empat ,
better change relationship fb aku .

tukar ke engaged married benda biasa ,
tanda dah kapel dan dah berpunya ,
pemikiran cetek lagi sudah binasa ,
nak tunjuk hey aku kapel dan aku buat dosa ! 

heran dan pelik . ada si fulan ni, muda 2tahun dari ana mmg dari dulu pakcik makcik taman compare ana dengan si fulan ni . kata mereka dia baik , dan ana antagonis . tak kisah pun , padan muka ana , jahat sangat . tapi ana dulu buat jahat sorg sorg ja , malas nak tunjuk , sentiasa dalam dunia aku . (tak bangga pun)


baru baru ni, si fulan set dia punya fb relationship ke 'engaged to ehem' . kapel la pulak. okey nobody perfect , semua orang buat silap buat dosa . ana dah bagi nasihat sindiran, semoga si fulan dapat menerimanya dengan lapang dada.

saudara saudari , memang kapel ni tak elok.pikiaq balik *tudia keluar kedah piau.. dah la ber-kapel , then bgtau semua orang. mcm kita berbangga, mcm 'wahai rakan rakan , aku kapel , fikirla aku sedang mendekati zina dan membuat dosa'. mungkin kita jaga ikhtilat kita dgn org di sana, tapi orang lain tahu tak ? jadi secara tak langsung, akan timbul fitnah yang menjadi buah mulut makcik makcik typical.

nasihat ana, berhati hatilah dalam melakukan sesuatu perkara. janganlah duk bangga dengan membuat dosa.

"mencintai seseorang itu adalah hak kita, tapi memiliki orang yang kita cintai tanpa ijabkabul dan ikatan yang sah bukanlah hak kita"-Dr Syed Syamil

02 January 2013

Happy New Year ! New 'Azamul Qalb !

assalamualaikum para sahabat . selamat tahun baru . sedar tak sedar ana dah 19tahun . rasa mcm baru kelmarin ja lahir kat dunia ni . over gila =='

Funny New Years Card - Happy Funny New Years Card Happy New Year 2013 A by emilymcdowelldraws funny images New Year 2013
sebut ja tahun baru , mesti kaitkan dengan azam baru. memang dah jadi budaya/tradisi . budaya mai tang mana pun taktau. sebenarnya ,perlukah kita berazam nih ? 

sebelum tu , definasi 'azam' ? ikut teori ana , azam tu sesuatu perkara yang kita impikan atau kemahuan. matsalleh kata 'something u dream of' .


jawapannya , YA ! dengan berazam kita akan bermuhasabah diri. kita lihat dan fikir balik apa yang kita buat tahun lepas , benda buruk kaaa benda baik kaa , azam tahun lepas dapat achieve ka dak , jadi secara tak langsung akan berlaku satu penghijrahan ke arah yang lebih baik dlm diri kita. contohnya " tahun lepas aku rompak bank dapat la dalam 5ringgit , tahun ni azam aku nak bg buleh dapat 10ringgit ! kena usaha lebih ni. yeah , fighting ! " kata si perompak . okey ni ajaran sesat ==' tapi lebih kurg mcm tu la.

Riwayat At-Tarmizi ,Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

”Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah Taala (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)”

kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan doa . mulakan azam tahun baru ni dengan usaha walaupun sekecil zarah. insyaAllah , setiap usaha akan bawa kita ke peringkat yang lebih tinggi dan keinginan yang lebih tinggi. tambahan, lebih elok kalau kita tiap tiap hari berazam :)

konklusi, berazamlah perkara yang baik kerana Allah swt. Jazakallah