21 November 2013

Dae'i untuk Mad'u

Sepakat kita menyatakan bahawa hikmahnya dakwah kita adalah dengan keberkesanan, bukan sekadar kelembutan. Kita juga telah bersepakat, bahawa jiwa-jiwa yang dikenal, lebih mudah didekati dan diislahi, menjadi jiwa-jiwa seperti kita, seterusnya melestari perencanaan pembinaan ketamadunan yang benar-benar islami.


Jiwa-jiwa yang dirapati ini, bukan rapat-rapat biasa. Seringkali, 'para pendakwah baru' cenderung sekadar menjadi surat-surat khabar sahaja; memaklumkan. memberi maklumat. memberitahu ada program umum baru. Akhirnya, mad'u-mad'u yang baru ini, menganggap kita tidak lebih daripada orang-orang luar yang 'islamik'. Seorang murobbi atau dae'i itu, dianggap sebagai orang asing, yang ada kalanya disenangi, di kala yang lain pula, sangatlah mengacau dan menyesakkan dada.

Di sana, pada awal pendekatannya, Sang Dae'i yang ingin menggoncangkan dunia ini perlu belajar untuk menggoncang jiwa. Pada awal pertemuan, Sang Dae'i sepatutnya bertukar warna, hingga sepanjang perkenalan itu, dalam surau yang sesak dengan orang itu, Sang Dae'i menjadi fluorescence warnanya di mata mad'u-mad'u ini. Andai malamnya, dalam gelap suasana, Sang Dae'i bertukar menjadi phosphorescence, hingga tiada orang lain di mata mad'u-mad'u gersang ini, selain Sang Dae'i. 

Sang Dae'i lah yang ingin diketahui namanya,
Sang Dae'i lah yang ingin diketahui asalnya,
Sang Dae'i lah yang ingin diketahui no telefonnya,
dan Sang Dae'i lah yang ingin di add facebooknya.


Pada pertemuan seterusnya, Sang Dae'i sahaja lah yang menghafal setiap butiran tentang dirinya, dan terus-menerus menarik minat mad'u, hingga lahir bibit-bibit cinta dan sulaman ukhuwwah pada saat itu. Hingga tidak perlu lagi dikejar-kejarin, ia akan hinggap di bahu Sang Dae'i dan mengelilinginya pada setiap waktu dan ketika. Sang Dae'i akan ada pada setiap masa untuk mad'u-mad'u ini. Tanpa sebarang kata, simbiosis mutualism itu terbentuk. Tanpa perlu sebarang perancangan, mereka akan saling tolong menolong dan sentiasa ada semasa susah senang, umpama dihubungkan dengan telekomunikasi minda yang tidak mampu diterangkan mekanismanya.

Dengan adanya Sang Dae'i, mad'u tidak pernah rasa sunyi sekolej dengannya. Sang Dae'i lah penghibur, Sang Dae'i lah peneman, Sang Dae'i lah segala-gala. 
Bila serapat itu hubungan antara 2 jiwa itu, Sang Dae'i perlu mula melakukan islah jiwa perlahan-lahan mengikut muwasofat muslim. Satu demi satu hakikat islam dalam dirinya dibentuk, selagi ia masih lembut untuk dilenturkan. Dan di sinilah letaknya program-program umum untuk membantu.


Program mukhayyam umum untuk membuka mata mad'u kepada alam islami, program riadah umum untuk merapatkan ukhuwwah, program rehlah umum untuk membina perkenalan baru dengan ikhwah lain, program daurah yang akan menyebabkan akal dan hati mereka perlahan-lahan tersentap untuk melakukan sesuatu untuk islam, menangisi kanser-kanser yang meratah tubuh badan ummah.

"sedarlah kamu wahai sang dae'i, sang-sang jahil inginkan ajakan mu,
namun kamu mendekati golongan yang dae'i dan 
menjauhi golongan yang hanya layak digelar mad'u"

29 September 2013

ikhtilat bukan bersilat

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.

Firman Allah maksudnya:

"Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai"

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.


KONKLUSI
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.


Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

"kadang-kadang rasa jeles, rasa nak juga berpeluk bercium macam depa,
tapi nak buat macam mana hati ni takut akan kemurkaan Allah".

11 September 2013

want to get married?

Photo: Kesian kat si ayah, hehe... Anak isteri pakai ipad,iphone,ipod, si ayah? IPAID

well,think it AGAIN !

26 August 2013

hukum membunuh

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, ia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mencelanya serta menyediakan azab yang besar baginya." [an-Nisa', 4:93]

"Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya." [al-Maidah, 5:32]

10 July 2013

yey kapel seminggu !

Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baik baik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')



Panas! Sensasi! Sekarang satu Malaysia dah tau pasal video adik sorang ni! Video 'aku janji'. takleh blah sungguh. Macam 'aku janji PRU13' pulak.

Tapi aku hangat hati sungguh, teks dia nih. Kaum perempuan la ni pandai spin spin. Dia bagi sapa yang bash dia haritu bagi rasa besalah. Yang jenih ni aku tak minat. Mentang mentang la perempaun+cute, senang senang ja nak raih simpati, nak tutup aib dia. Dah salah, buat cara besalah! Tengok fb skrg, orang berbalah sebab pbuatan dia.  C'mon la !

"ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka"
Aku ni jenis anti-perempuan *selain mak/kakak/bini aku. Aku tak suka bcakap/dengar/pandang depa.  Tapi prinsip aku, aku letak kaum perempuan tinggi lagi dari nyawa aku. Aku respect depa sebab depa ni special. Tapi sebab budak ni, respect aku kat perempuan turun. Hangpa senang sangat ikut cakap laki. Please la jangan macam tu. Perempuan melayu terkenal dengan sifat malu, dan sopan santun bla bla bla. Nak tunjuk sweet pun, takyah la nak public sangat. Tak kira la orang suka atau tak suka. Brader brader kat luar tu pun agak agak la. Dah tu awek nak buat stok bini, jaga la elok elok. Aku mengaku, aku pun kadang kadang terlanjur. "weh keluar dating jum....... eh tadak la, aku melawak ja" tang tengah tu aku pikir panjang. Aku mengaku kaum laki ni kdg kdg perosak anak dara. Aku tergolong dalam jenis tu la. Okeh. Balak dia kata semua orang suka. Puih ! Bodoh! Orang macam hang tak layak nak jaga dia. Tak pikir reti outcome dgn complication! Dah la tak hensem. Aku hensem lagi.

"download masuk note II dia"
okeh, nak tunjuk laki dia ada note II la tu. coihhhh aku punya lagi hebat. note biochem, note physio, anat bla bla bla. mula mula dia nak merendahkan diri, kemudian meninggikan diri pula. Tak faham betul aku. tulis "handset" sudah la.

"Allah uji Puteri ni bersebab"
tidak wahai cik puteri. hang yang meletakkan diri  dalam lembah kecelakaan. setiap manusia ada sifat furqan, iaitu dapat membezakan sama ada betul atau salah. 

"Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni"
okeyy ==' takkan yang ni pun nak bgtau. wajib akal, semua orang islam solat. tak perlu la bgtau. takkan la setiap kali hang solat, hang kena bgtau kat orang. dulu aku pun bgtau jgk kat orang. tu pun kat mak aku ja.

"dari dulu lagi Puteri ramai haters"
tips: limitkan bkawan(bkenalan) dengan orang. lagi ramai, lagi menyusahkan. tapi, cari la seorang sahabat. insyaAllah bahagia.

kadang kadang, orang yang berjaya merupakan orang yang pernah dizalimi, dihina, dicaci, dibash, dibenci. bla bla bla. aku tau. sebab aku pernah rasa..

"pesalah tak layak disupport. depa layak kena hina, kena caci. yang tu punca depa dapat semangat nak hidup. hang pi letak banduan kat tadika, mmg tak kena la"

07 July 2013

besa-day boy



Ni family kedua aku. insyaAllah aku harap depa kekal dalam rumah ni selama 6 tahun, bawa kenangan bersama sampai ke tua. insyaAllah.


06 July 2013

my brother is my enemy


Dear Egyptian, you can give us a piece of your mind for nosing into your country's issue. But we don't think this just a typical country problem, it's a Muslims issue! We are one Ummah ! So, it is our problems too.

We don't worship Mursi as a god. But we're concerned what will happen to Palestine and Syria in absence of Mursi. Not just Egypt's future. You can scold us, beat us, but you can't stop us giving a damn about our Ikhwan !

And we think maybe it's one of the Laknatullah's propaganda. If true, now they are having a feast, celebrating their 'winning'. To learn the enemy's strategy, observe their past strategy. We are not giving up! We'll stand for justice ! We'll stand for Islam!

TERUSKAN PERJUANGAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN

05 July 2013

mendalami ilmu perubatan

bagi ilmu perubatan yang terkenal dengan sumpah Hippocrates Oath yang wujudnya pada zaman Yunani, suntikan kimia ke dalam tubuh badan manusia ibarat satu seni jiwa bagi para doktor.

hendak mendalami ilmu perubatan, memerlukan daya fokus dan ketabahan yang tinggi. sifat malas dan mudah putus asa mungkin dapat membantutkan usaha dalam mendalami ilmu ini.


26 Oktober merupakan tarikh untuk kelas praktikal anatomi yang pertama bagi aku. Aku memandang  sekeliling aku. "Wahh, cutenya awek tu, rasa macam nak mengorat ja". "Pumm!" bunyi pintu ditutup kuat. Mata aku tertumpu pada sekujur mayat yang dibawa masuk oleh assistant. Bau bahan pengawet mula menusuk hidung dan mata aku, membuat mata aku berair. Walaubagaimanapun, mata aku masih lagi tertumpu terhadap mayat reput hadapan aku. Ngeri aku tengok.

"Pum!" bunyi pintu ditutup sekali lagi. Datang seorang lelaki sekitar 30-an yang agak selekeh dan berpakaian lab coat.  Tidak syak lagi, dia lecturer aku! Walaupun beliau tak terurus, aku buang sifat 'judge by its cover'. Jadi kelas pun bermula. "Selamat pagi anak anak sekalian, saya Dr Nazimal, lecturer Anatomi kamu bagi semester kali ini". Beliau mula melalut di hadapan. Membuka topik politik, brand kereta beliau guna, dunia tanpa makanan dan banyak lagi. Aku hairan, "bila nak belajar ni? mungkin doktor nak ice breaking dulu kut, hmm.." minda aku berkata. Selama 20 minit melalut. Kebosanan dan sifat malas mula menyelubungi aku. Aku mencapai smartphone aku. Permainan Temple Run 2 menjadi pilihan aku.


"Baiklah, sekarang saya nak kamu semua berkumpul dekat mayat tersebut". Kami sekelas pun bergerak ke meja mayat. Loya dan nak termuntah aku. "Kamu nak mendalami perubatan, tak boleh belajar dengan buku ja, kamu kena guna mayat" kata Dr Nazimal sambil memegang mayat tersebut. "Siapa yang betul betul hendak mendalami perubatan, kamu kena tempuhi ujian saya" katanya lagi. Baru first day takkan la ada ujian dah. Haihhhh..

"Kamu lihat jari telunjuk saya, dan lihat anus mayat ini" bunyinya sudah pelik. Alangkah terkejutnya kami melihat jarinya di masukkan ke dalam lubang punggung mayat itu tanpa sebarang pelapik. Buekkk loya aku tengok. "Ini ujian kamu semua. Masukkan jari kamu ke dalam bahagian tersebut" Masya-Allah. Riuh satu lab dibuatnya. Dengan terpaksa, seorang demi seorang memasukkan jari mereka. Ada yang menjerit. Ada yang menangis. Bayangkan lubang punggung yang reput itu dinodai oleh jari kami tanpa glove. Sangat menggelikan..

"Kamu semua lepas ujian saya. Tapi ada lagi ujian ke-dua". Ada lagi?! OMG! Habislah. Menyesal aku ambil medic. Entah dia suruh pegang apa pula kali ini. Memang gila la Dr ni. "Ini jari saya, yang saya cucuk anus tadi dan ini lidah saya. Sudah 'mendalami' perubatan, kamu kenalah 'merasainya' pula". Suasana lab bertukar menjadi senyap seketika. Tergamam, terkesima semua orang...

Keesokan harinya, keluar di muka akhbar utama, 'Peristiwa punggung berdarah di Universiti Iskandariah,Mesir'

21 June 2013

this is turkey bro.

aku nak share sikit gambar honeymoon aku sorang sorang kat turki
yaaa aku ni jenis forever alone. kisah pulak aku ! hahahaha

hari pertama: Istanbul !










hari kedua: Istanbul !







sweet kan? aku ambil gambar dia, dia ambil gambar aku. haha

hari ketiga: Selรงuk !










selcuk ni bukan attraction sangat, sbb tu tak ramai tourist.
tapi kat sini best, orang orang dia baik

cukup la kut, tak larat nak upload. lain kali pulak la yer. ada byk lagi gambar. baru sikit nih
comment aku pasal Turki? hmmm tempat yang sesuai untuk honeymoon. lol

kari-tuff !

Assalamualaikum.
Harini aku nak tunjuk sikit skill bakering aku. lol
jangan duk suka sangat, aku tgh sedih lagi oven takdak
T.T

haritu aku kol bini aku. "hoi dough utk karipap ni nak kena isi teloq dak?"
"mana aku nak tau, mak tak penah ajaq pun" jawab bini aku.
aku buka loudspeaker, so satu rumah dengar. hahahaha
kesian dia, kantoi tak reti buat karipap >.<

takpolah, aku pun memandai mandai la buat.
mohon gadis gadis di luar sana rasa tercabar sikit, laki lagi pandai masak.
 fasa pertama
 mcm kuih pau pulak aku tgk
 fasa kedua *optional kalau nak buat karipap pelangi
 sifu nazimal ajar cara nak patternkan tepi karipap
 fasa terakhir, lawa kan?
lawakan? lawakan? aummmm..

nak aku ajarkan? buat muka yao ming dulu. hoho kbye!

19 June 2013

tazkirah skrg hanya utk orang baik

ada dua golongan hgpa patut bagi tazkirah(peringatan). pertama, kpd orang 'baik' sbg peringatan. kedua, kpd orang 'jahat' sbg penyuntik kesedaran. aku tgk skrg, ramai sahabat rajin post bab bab agama. nice ah. teruskan!

kita fokus hat golongan no dua ni. ikut pengalaman aku la kan sbg orang 'jahat', nampak(terbaca) post bab agama ni/atau orang pm aku, aku mcm..

1. ''pfttt karangan bapak bosan"
2. "lol, geli gila ayat ustaz fb sorg ni"
3. "hehh sikit sikit org jahat masuk neraka, kena azab. aku tau la woi, orang jahat masuk neraka, bt semak timeline aku ja"
4. "nak azankan aku letew, cermin diri sendiri dulu la"



nmpk dak tu? orang 'jahat' ni hati depa keras sikit. gangster sikit. igt senang ka nk lembutkan hati depa? lu bagi ayat bunga kt aku, aku kerat tiga lidah lu. hulamak. jadi, dlm penyampaian nasihat/tazkirah, kena la ada persefahaman.

utk ayat 1&2 di atas, penyampai bagi la ayat power sikit. ayat yg jarang didengar. analogi yang best best. straight to the point. ada part lawak, ada part makan dalam. takperlu la kut ayat berbunga bunga. hgpa pikiaq orang keras kepala nk dgr ka ayat bunga bunga ni?



utk ayat 3, ada dua sebab orang jadi 'baik'. pertama, sbb takut azab di akhirat. kedua, sbb tertarik dengan keindahan syurga. dah nama pun 'jahat' ,mesti perasaan takut kat azab tu dah takdak. jadi? mohon paham sendiri.

utk ayat 4, yang ni selalu jadi time nak bagi nasihat. salah penasihat jugak. stranger post benda silap/ buat benda maksiat depan kita, terus kita nasihat serbu tak pakai helmet. kenai pun idak. jgn la terlalu optimis, pikir dia akan terima nasihat kita. kenai kenai la dulu. belanja teh tarik secawan nasi lemak 3bungkus. then bagi nasihat. baru depa respect nasihat kita.

yang tu ja la aku nak tulis, malas nak tulis byk, konklusion pandai pandai la atoq sendiri. dan maalish(maaf) lama tak update blog, final dah dekat. sekian

11 June 2013

luahan hati : ukhwah dan sc

Assalamualaikum.


sesi pendifinisian. secara literal, ukhwah bermaksud persaudaraan. maksud mendalam sikit, ukhwah diertikan dengan terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah.

" syahadah 'Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah', adalah sekukuh-kukuh dan semulia-mulianya ikatan bagi para muslimin. "

SC natang apa pulak? strip club? hotakmu strip club. teruk punya otak.
SC tu singkatan untuk Smart Circle iaitu program program usrah yang insyaAllah banyak faedah dapat. ada pengisian ilmu agama, ada aktiviti riadah bersama (ramai-ramai).



luahan pemuda tiada nama

wAllahi, aku tak pernah join pun sc kat mesir ni ! tak pernah bukannya tak hendak. jadi, apa yang aku nak katakan , aku HENDAK join sc ni. untuk pengetahuan, hari ni hari last utk program sc bg tahun 2013. aku jeles plus kecewa la, tahun ni satu pun tak join. tengok gambar depa ber-usrah tadi. aku jeles bukan sebab ilmu yang depa dapat, tapi aku jeles sebab depa buleh berukhwah sesama saudara lain. damn !

aku gembira dengan ilmu yang mereka dapat,
tapi aku menyumpah mereka kerana mereka dapat bersama !

aku marah sebab apa? sebab aku takdak sekali dalam tu ! ella'Ana! woi, persaudaraan tu macam keluarga. satu ahli keluarga hilang atau tak cukup, takan hangpa buleh buat senyap ja. ukhwah apadia macam tu? apa yang hangpa belajaq sepanjang program tu? tinggalkan orang yang di belakang, biar yang depan saja maju. mcm tu ? screw you ! baik tak payah buat usrah!


suara luar : jangan salah kan depa,
dah hang sendiri yang tak pi kat depa.

statement di atas memang masuk akal juga. tapi ni aku nak habaq, setiap ahli usrah semua tu dijemput dan diperingat. setiap kali ada usrah, "hoi dokter, ptg ni ada usrah, mai la" "wei din, sc jum satgi". depa saling mengajak. yang herannya takdak pulak orang nak ajak aku. nama aku ada dalam sc la wei! harem shake! 

ya! aku ni low profile. aku ni tak famous. sebab tu hangpa tak ajak, hangpa tak amik tau pasai aku. sh*t!  tambahanaku tak pernah jumpa(tau) orang yang tak diajak , dia pi program tu. tak pernah! yang iftar aku pi haritu, nak tau aku rasa macam mana? aku rasa macam semut, orang bukan perasan aku wujud ka dak. *sorry nazimal, aku amik ayat hang. kalau dah nama program ukhwah, awat aku rasa mcm orang tak layan aku ja?

buat apa hangpa berukhwah,
kalau dalam perlaksanaan hangpa berasabiyah dan berpilih kasih?


ada la 2-3 orang yang kata kat aku "kalau ada 'program pengisian' nanti, aku ajak la hang". huhh, janji manis sahaja. 

janji manis kalau ditabur, semut pun buleh tunjuk jari 'f*ck' ,tunjuk telur !

nak tambah sikit lagi, ukhwah dalam kongsi gelap aku dulu tu lagi kuat lagi power dari ukhwah kat sini. "lu sentuh budak gua walaupun gua tak kenal, gua cangkoi lu punya pala." brader merah tak pernah pun pilih kasih mcm "lantaklah kat orang bawah, gua tak kenai depa, buat apa gua nak tolong" takdak pun. tapi kat sini? heihhhhhh sedih betul aku.

sampai di sini saja luahan hati aku. tulis byk byk, bukan hgpa nak baca pun. hahaha dan aku nak minta maaf banyak banyak sbb ada bahasa kasar dalam post kali ni. itulah luahan. kalau disimpan, nanti makan diri. aku ni orang yang hina lagi pembuat dosa, tapi aku akan sentiasa berusaha keluar daripada golongan tersebut.


"abang dulu bukan follower. abang gerak solo ja. tengok la lani, dah jadi leader dah"