05 July 2013

mendalami ilmu perubatan

bagi ilmu perubatan yang terkenal dengan sumpah Hippocrates Oath yang wujudnya pada zaman Yunani, suntikan kimia ke dalam tubuh badan manusia ibarat satu seni jiwa bagi para doktor.

hendak mendalami ilmu perubatan, memerlukan daya fokus dan ketabahan yang tinggi. sifat malas dan mudah putus asa mungkin dapat membantutkan usaha dalam mendalami ilmu ini.


26 Oktober merupakan tarikh untuk kelas praktikal anatomi yang pertama bagi aku. Aku memandang  sekeliling aku. "Wahh, cutenya awek tu, rasa macam nak mengorat ja". "Pumm!" bunyi pintu ditutup kuat. Mata aku tertumpu pada sekujur mayat yang dibawa masuk oleh assistant. Bau bahan pengawet mula menusuk hidung dan mata aku, membuat mata aku berair. Walaubagaimanapun, mata aku masih lagi tertumpu terhadap mayat reput hadapan aku. Ngeri aku tengok.

"Pum!" bunyi pintu ditutup sekali lagi. Datang seorang lelaki sekitar 30-an yang agak selekeh dan berpakaian lab coat.  Tidak syak lagi, dia lecturer aku! Walaupun beliau tak terurus, aku buang sifat 'judge by its cover'. Jadi kelas pun bermula. "Selamat pagi anak anak sekalian, saya Dr Nazimal, lecturer Anatomi kamu bagi semester kali ini". Beliau mula melalut di hadapan. Membuka topik politik, brand kereta beliau guna, dunia tanpa makanan dan banyak lagi. Aku hairan, "bila nak belajar ni? mungkin doktor nak ice breaking dulu kut, hmm.." minda aku berkata. Selama 20 minit melalut. Kebosanan dan sifat malas mula menyelubungi aku. Aku mencapai smartphone aku. Permainan Temple Run 2 menjadi pilihan aku.


"Baiklah, sekarang saya nak kamu semua berkumpul dekat mayat tersebut". Kami sekelas pun bergerak ke meja mayat. Loya dan nak termuntah aku. "Kamu nak mendalami perubatan, tak boleh belajar dengan buku ja, kamu kena guna mayat" kata Dr Nazimal sambil memegang mayat tersebut. "Siapa yang betul betul hendak mendalami perubatan, kamu kena tempuhi ujian saya" katanya lagi. Baru first day takkan la ada ujian dah. Haihhhh..

"Kamu lihat jari telunjuk saya, dan lihat anus mayat ini" bunyinya sudah pelik. Alangkah terkejutnya kami melihat jarinya di masukkan ke dalam lubang punggung mayat itu tanpa sebarang pelapik. Buekkk loya aku tengok. "Ini ujian kamu semua. Masukkan jari kamu ke dalam bahagian tersebut" Masya-Allah. Riuh satu lab dibuatnya. Dengan terpaksa, seorang demi seorang memasukkan jari mereka. Ada yang menjerit. Ada yang menangis. Bayangkan lubang punggung yang reput itu dinodai oleh jari kami tanpa glove. Sangat menggelikan..

"Kamu semua lepas ujian saya. Tapi ada lagi ujian ke-dua". Ada lagi?! OMG! Habislah. Menyesal aku ambil medic. Entah dia suruh pegang apa pula kali ini. Memang gila la Dr ni. "Ini jari saya, yang saya cucuk anus tadi dan ini lidah saya. Sudah 'mendalami' perubatan, kamu kenalah 'merasainya' pula". Suasana lab bertukar menjadi senyap seketika. Tergamam, terkesima semua orang...

Keesokan harinya, keluar di muka akhbar utama, 'Peristiwa punggung berdarah di Universiti Iskandariah,Mesir'