10 March 2014

dakwah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami memohon.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini. Sebagai umat Islam, nikmat yang diberiNya harus digunakan sebaiknya.

"Dua nikmat yang sering kebanyakan manusia lupa dan lalai,
iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." [HR Bukhari]

Alhamdulillah, winter break lepas, aku habiskan dengan berdakwah bersama jemaah jemaah negara lain. Bukan menunjuk, bukan riak. Nak cerita ja :)


Terima kasih ya Allah, Kau temukan aku dengan syeikh-syeikh untuk aku menuntut dari mereka. Kullu minAllah.


Zagazig. Kaherah. Giza. Tempat yang kami khuruj (keluar dakwah), bukan tempat biasa. Kawasan pedalaman kampung Arab badawi. InsyaAllah, belum pernah lagi orang Melayu menjejak kaki di situ. Arab-arab kehairanan melihat orang-orang luar negara datang berdakwah ke kampung mereka. Aku pun turut hairan bersama :)

Manusia dihidupkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah. Menegakkan agama Allah swt. Kerja-kerja dakwah ini amat dituntut, Rasulullah saw juga mengajar kita cara untuk berdakwah. Lagi besar pengorbanan, lagi Allah sayang. Insya Allah :)


Alhamdulillah. Ketenangan, kegembiraan yang tak akan aku lupakan terhadap penduduk kampung Busharah,Giza. Pada awalnya kami datang, saf solat jemaah cuma 1 atau 2 sahaja. Selepas 3hari, alhamdulillah dengan izinNya, jemaah bertambah, hampir memenuhi masjid dalam 7-8 saf. Hanya Allah yang tahu betapa gembira, terharu, sebaik memaling memberi salam solat, dapat melihat masjid dipenuhi saudara saudara Islam yang lain di belakang. Ya Allah, semoga Engkau mengizinkan mereka untuk istiqomah.

Sebelum ke kampung Busharah di Giza, kami khuruj di Salaam, Zagazig selama 4hari 3malam. Di sini lah, api fi sabilillah mula marak. semangat! Pengalaman di sini juga tidak akan dilupakan. Masjid NurIslam di sini, sudah lama tidak hidup. Tiada azan, tiada solat, tiada jemaah. MasyaAllah. Pada satu malam, jam 2 pagi, aku sedang membersihkan tandas-tandas di masjid tersebut. Ketika itu, hanya aku sorang yang berjaga, ahli jemaah lain sudah tidur. Sedang mencuci, terdengar suara menangis keesakan dari keliling aku yang berlaku dalam sekitar 2-3 saat. Bunyi itu sangat jelas didengar. SubhanAllah, ranap la jiwa raga, jin hantu mana pula yang nak kacau ni. Aku memberanikan diri untuk melihat sekeliling tandas, kemudian di ruang solat. Tiada manusia yang sedang menangis. Aku pun apa lagi, 'bismikAllah humma ahya wa amud' la. 


Keesokannya, aku menceritakan ceritakan hal ini kepada Ustaz Sofi yakni ketua jemaah. Beliau menerangkan bahawa semua ciptaan Allah adalah makhluk. Masjid juga makhluk Allah. Dan makhluk mempunyai perasaan. Rumah Allah yang tiada solat dan jemaah. Mestilah sedih masjid tersebut. MasyaAllah. Ya Allah, maafkan lah kami.. 



Gambar di atas, orang tua di kanan gambar. Permata di Giza. Kami berjumpa dengan beliau ketika khuruj ke-tiga di Masjid Madinah Munawwar,Giza. Syeikh Saleem namanya. Sudah berusia 76 tahun. Kenapa permata? Syeikh ini sudah merantau seluruh pelusuk dunia untuk berdakwah. Memang masyaAllah. Bandingkan aku dengan beliau, bagai langit dan bumi. Kami datang ziarah ke rumah beliau, setelah diberitahu orang kampung. Alangkah terkejut terharunya beliau, seorang Malaysian, seorang Indonesian;Syeikh Nuzul, seorang Syrian;Syeikh Khalid, dan seorang Nigerian;Syeikh Suleiman datang bertandang ke rumah beliau. Banyak ilmunya..

Beliau pernah berkali-kali dipenjara di negara negara luar kerana berdakwah. Akibat terlibat dalam kemalangan pada tahun 90-an, berlaku kerosakan di Broca's area otak kirinya, menyebabkan upper limb bahagian kanan lumpuh. Tambahan, beliau tidak dapat bercakap akibat kerosakan tersebut. Ajaibnya, dengan izin Allah, beliau mampu menyebut nama Allah, mengucap syahadah, bismillah dan surah Al-fatihah. Umumnya orang yang menghadapi masalah ini, tidak mampu berkata 'Ya' atau 'Tidak' sekalipun, kerana perkataan itu sudah dianggap kompleks. Tapi bagi Syeikh Saleem, MasyaAllah, sangat aku tergamam. Semuanya dari Allah.  Walaubagaimanapun, beliau mampu memahami percakapan kami. Banyak ilmu yang kami dapat dari beliau. Qiamullail, turunnya surah Al-Quran dan lain-lain. Ya Allah, Engkau redhai-lah hidupnya..

Itu saja yang aku mampu kongsi. Banyak lagi sebenarnya. Terima kasih ya Allah kerana meng-izinkan aku untuk berdakwah. Engkau Maha Kaya, Engkau Maha Perancang.

Terima kasih..
Malaysia
Sahabat Ahmad Muqri
Syeikh Sofi
Ustaz Mufley
Ahbab Alim
Ahbab Azim
Ahbab Zuidi
Ahbab Ashorokol
Ahbab Syafiq
Ahbab Syafi
Indonesia
Ustaz Azwa
Ustaz Andy
Ustaz Safoeidin

Nigeria
Syeikh Suleiman

Bangladesh
Syeikh Munir Zaman
Syrian
Syeikh Ahmed Jabbir
Syeikh Kassim
Syeikh Khalid
Syeikh Karim
Ahbab Kamel
Ahbab Deyad


19 February 2014

ilmu awal hingga akhir

Assalamualaikum.

“Dialah Allah,Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan; tidak pula ada seorang pun yang setara dengan-Nya.” 
(al-Ikhlas [112]: 1-4).

"Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan 
dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."
(al-Falaq [113]: 1-5)

"Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan Pemulihara manusia. Yang menguasai manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang timbul tenggelam. Yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari jin dan manusia.”
(an-Nas [114]: 1-6)


Fenomena Lepat dan Ma'rifatullah

Lepat atau nama betul Ismail Ariffin, kini telah sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang ilmu ketuhanan atau spesifiknya ilmu Ma'rifatullah. Pada zaman Kesultanan Tanah Melayu, ilmu ini sangat penting dan diterapkan kepada setiap sultan negeri. Namun pada abad ini, ilmu ini semakin pupus dimamah usia.

Awaluddin Ma'rifatullah , awal agama adalah mengenal Allah. Adakah kita kenal Allah, Tuhan yang kita sembah? Adakah kita sering lupa akan Allah? Adakah kita kusyuk beribadat kepada Allah?
"Ilmu tanpa amal; gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

Ramai yang kata ilmu ini adalah sesat. Kenapa sesat? Dengan mengenal sifat 20 Allah, terus dilabel sesat? Yang sesatnya, apabila guru-guru atau wali diangkat lebih dari Allah dan RasulNya. 

Sebelum Lepat berhijrah ke Jerman, beliau ditomah kerana mengikut ajaran yang dibawa oleh arwah ayahnya yang dianggap sesat. Tetapi jika dilihat video-videonya di facebook, cara mendidik anaknya, cara percakapannya, sifat kesederhanaannya, lantas membawa keyakinan di dalam diri tentang ilmu ini. 

Saya tidak berani untuk berkongsi ilmu, kerana masih lagi belajar, bimbang tersalah memberi. Ilmu ini seeloknya belajar dari guru Arif Billah. Maka carilah ilmu ini sebelum pupus. Bukan berniat untuk dapatkan ilmu laduni, pangkat wali, tapi berniat-lah untuk mencari keredhaan Allah. Dia-lah yang Awal, Dia-lah yang Akhir. Wallahualam.



21 November 2013

Dae'i untuk Mad'u

Sepakat kita menyatakan bahawa hikmahnya dakwah kita adalah dengan keberkesanan, bukan sekadar kelembutan. Kita juga telah bersepakat, bahawa jiwa-jiwa yang dikenal, lebih mudah didekati dan diislahi, menjadi jiwa-jiwa seperti kita, seterusnya melestari perencanaan pembinaan ketamadunan yang benar-benar islami.


Jiwa-jiwa yang dirapati ini, bukan rapat-rapat biasa. Seringkali, 'para pendakwah baru' cenderung sekadar menjadi surat-surat khabar sahaja; memaklumkan. memberi maklumat. memberitahu ada program umum baru. Akhirnya, mad'u-mad'u yang baru ini, menganggap kita tidak lebih daripada orang-orang luar yang 'islamik'. Seorang murobbi atau dae'i itu, dianggap sebagai orang asing, yang ada kalanya disenangi, di kala yang lain pula, sangatlah mengacau dan menyesakkan dada.

Di sana, pada awal pendekatannya, Sang Dae'i yang ingin menggoncangkan dunia ini perlu belajar untuk menggoncang jiwa. Pada awal pertemuan, Sang Dae'i sepatutnya bertukar warna, hingga sepanjang perkenalan itu, dalam surau yang sesak dengan orang itu, Sang Dae'i menjadi fluorescence warnanya di mata mad'u-mad'u ini. Andai malamnya, dalam gelap suasana, Sang Dae'i bertukar menjadi phosphorescence, hingga tiada orang lain di mata mad'u-mad'u gersang ini, selain Sang Dae'i. 

Sang Dae'i lah yang ingin diketahui namanya,
Sang Dae'i lah yang ingin diketahui asalnya,
Sang Dae'i lah yang ingin diketahui no telefonnya,
dan Sang Dae'i lah yang ingin di add facebooknya.


Pada pertemuan seterusnya, Sang Dae'i sahaja lah yang menghafal setiap butiran tentang dirinya, dan terus-menerus menarik minat mad'u, hingga lahir bibit-bibit cinta dan sulaman ukhuwwah pada saat itu. Hingga tidak perlu lagi dikejar-kejarin, ia akan hinggap di bahu Sang Dae'i dan mengelilinginya pada setiap waktu dan ketika. Sang Dae'i akan ada pada setiap masa untuk mad'u-mad'u ini. Tanpa sebarang kata, simbiosis mutualism itu terbentuk. Tanpa perlu sebarang perancangan, mereka akan saling tolong menolong dan sentiasa ada semasa susah senang, umpama dihubungkan dengan telekomunikasi minda yang tidak mampu diterangkan mekanismanya.

Dengan adanya Sang Dae'i, mad'u tidak pernah rasa sunyi sekolej dengannya. Sang Dae'i lah penghibur, Sang Dae'i lah peneman, Sang Dae'i lah segala-gala. 
Bila serapat itu hubungan antara 2 jiwa itu, Sang Dae'i perlu mula melakukan islah jiwa perlahan-lahan mengikut muwasofat muslim. Satu demi satu hakikat islam dalam dirinya dibentuk, selagi ia masih lembut untuk dilenturkan. Dan di sinilah letaknya program-program umum untuk membantu.


Program mukhayyam umum untuk membuka mata mad'u kepada alam islami, program riadah umum untuk merapatkan ukhuwwah, program rehlah umum untuk membina perkenalan baru dengan ikhwah lain, program daurah yang akan menyebabkan akal dan hati mereka perlahan-lahan tersentap untuk melakukan sesuatu untuk islam, menangisi kanser-kanser yang meratah tubuh badan ummah.

"sedarlah kamu wahai sang dae'i, sang-sang jahil inginkan ajakan mu,
namun kamu mendekati golongan yang dae'i dan 
menjauhi golongan yang hanya layak digelar mad'u"