10 March 2014

dakwah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kepada Engkau kami sembah, dan kepada Engkau kami memohon.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini. Sebagai umat Islam, nikmat yang diberiNya harus digunakan sebaiknya.

"Dua nikmat yang sering kebanyakan manusia lupa dan lalai,
iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." [HR Bukhari]

Alhamdulillah, winter break lepas, aku habiskan dengan berdakwah bersama jemaah jemaah negara lain. Bukan menunjuk, bukan riak. Nak cerita ja :)


Terima kasih ya Allah, Kau temukan aku dengan syeikh-syeikh untuk aku menuntut dari mereka. Kullu minAllah.


Zagazig. Kaherah. Giza. Tempat yang kami khuruj (keluar dakwah), bukan tempat biasa. Kawasan pedalaman kampung Arab badawi. InsyaAllah, belum pernah lagi orang Melayu menjejak kaki di situ. Arab-arab kehairanan melihat orang-orang luar negara datang berdakwah ke kampung mereka. Aku pun turut hairan bersama :)

Manusia dihidupkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah. Menegakkan agama Allah swt. Kerja-kerja dakwah ini amat dituntut, Rasulullah saw juga mengajar kita cara untuk berdakwah. Lagi besar pengorbanan, lagi Allah sayang. Insya Allah :)


Alhamdulillah. Ketenangan, kegembiraan yang tak akan aku lupakan terhadap penduduk kampung Busharah,Giza. Pada awalnya kami datang, saf solat jemaah cuma 1 atau 2 sahaja. Selepas 3hari, alhamdulillah dengan izinNya, jemaah bertambah, hampir memenuhi masjid dalam 7-8 saf. Hanya Allah yang tahu betapa gembira, terharu, sebaik memaling memberi salam solat, dapat melihat masjid dipenuhi saudara saudara Islam yang lain di belakang. Ya Allah, semoga Engkau mengizinkan mereka untuk istiqomah.

Sebelum ke kampung Busharah di Giza, kami khuruj di Salaam, Zagazig selama 4hari 3malam. Di sini lah, api fi sabilillah mula marak. semangat! Pengalaman di sini juga tidak akan dilupakan. Masjid NurIslam di sini, sudah lama tidak hidup. Tiada azan, tiada solat, tiada jemaah. MasyaAllah. Pada satu malam, jam 2 pagi, aku sedang membersihkan tandas-tandas di masjid tersebut. Ketika itu, hanya aku sorang yang berjaga, ahli jemaah lain sudah tidur. Sedang mencuci, terdengar suara menangis keesakan dari keliling aku yang berlaku dalam sekitar 2-3 saat. Bunyi itu sangat jelas didengar. SubhanAllah, ranap la jiwa raga, jin hantu mana pula yang nak kacau ni. Aku memberanikan diri untuk melihat sekeliling tandas, kemudian di ruang solat. Tiada manusia yang sedang menangis. Aku pun apa lagi, 'bismikAllah humma ahya wa amud' la. 


Keesokannya, aku menceritakan ceritakan hal ini kepada Ustaz Sofi yakni ketua jemaah. Beliau menerangkan bahawa semua ciptaan Allah adalah makhluk. Masjid juga makhluk Allah. Dan makhluk mempunyai perasaan. Rumah Allah yang tiada solat dan jemaah. Mestilah sedih masjid tersebut. MasyaAllah. Ya Allah, maafkan lah kami.. 



Gambar di atas, orang tua di kanan gambar. Permata di Giza. Kami berjumpa dengan beliau ketika khuruj ke-tiga di Masjid Madinah Munawwar,Giza. Syeikh Saleem namanya. Sudah berusia 76 tahun. Kenapa permata? Syeikh ini sudah merantau seluruh pelusuk dunia untuk berdakwah. Memang masyaAllah. Bandingkan aku dengan beliau, bagai langit dan bumi. Kami datang ziarah ke rumah beliau, setelah diberitahu orang kampung. Alangkah terkejut terharunya beliau, seorang Malaysian, seorang Indonesian;Syeikh Nuzul, seorang Syrian;Syeikh Khalid, dan seorang Nigerian;Syeikh Suleiman datang bertandang ke rumah beliau. Banyak ilmunya..

Beliau pernah berkali-kali dipenjara di negara negara luar kerana berdakwah. Akibat terlibat dalam kemalangan pada tahun 90-an, berlaku kerosakan di Broca's area otak kirinya, menyebabkan upper limb bahagian kanan lumpuh. Tambahan, beliau tidak dapat bercakap akibat kerosakan tersebut. Ajaibnya, dengan izin Allah, beliau mampu menyebut nama Allah, mengucap syahadah, bismillah dan surah Al-fatihah. Umumnya orang yang menghadapi masalah ini, tidak mampu berkata 'Ya' atau 'Tidak' sekalipun, kerana perkataan itu sudah dianggap kompleks. Tapi bagi Syeikh Saleem, MasyaAllah, sangat aku tergamam. Semuanya dari Allah.  Walaubagaimanapun, beliau mampu memahami percakapan kami. Banyak ilmu yang kami dapat dari beliau. Qiamullail, turunnya surah Al-Quran dan lain-lain. Ya Allah, Engkau redhai-lah hidupnya..

Itu saja yang aku mampu kongsi. Banyak lagi sebenarnya. Terima kasih ya Allah kerana meng-izinkan aku untuk berdakwah. Engkau Maha Kaya, Engkau Maha Perancang.

Terima kasih..
Malaysia
Sahabat Ahmad Muqri
Syeikh Sofi
Ustaz Mufley
Ahbab Alim
Ahbab Azim
Ahbab Zuidi
Ahbab Ashorokol
Ahbab Syafiq
Ahbab Syafi
Indonesia
Ustaz Azwa
Ustaz Andy
Ustaz Safoeidin

Nigeria
Syeikh Suleiman

Bangladesh
Syeikh Munir Zaman
Syrian
Syeikh Ahmed Jabbir
Syeikh Kassim
Syeikh Khalid
Syeikh Karim
Ahbab Kamel
Ahbab Deyad