07 May 2013

KITAB AL-TAKATTUL AL-HIZBIY (3)

Cara Membentuk Kelompok Islam Ideal

Ini adalah inti kitab al-Takattul, yakni bagaimana membentuk sebuah kelompok Islam yang sahih (hal. 22-30). Kelompok Islam yang sahih ini, adalah sebuah parti politik yang berlandaskan ideologi Islam. Parti politik Islam ini merupakan sebuah kelompok yang individu-individunya mengimani Islam sebagai sebuah ideologi serta berusaha menerapkan ideologi ini ke tengah masyarakat untuk mengatur berbagai interaksi di tengah masyarakat.
Proses pembentukan parti politik Islam itu mengikuti 4 (empat) tahapan berikut : 
1.sel pertama (awal)
2.halaqah ula
 
3.kutlah hizbiyah 

4.hizb mabda'i.

Yang dimaksud sel awal (al-khaliyah al-ula), adalah orang pertama, yang bersih serta telah memahami fikrah dan thariqah Islam dengan sempurna. Kemudian ia menularkan ideologi ini kepada orang-orang lain sehingga terbentuk halaqah ula.

Halaqah ula adalah kumpulan beberapa orang di bawah kepemimpinan sel awal tadi secara fikrah dan thariqah. Halaqah ula ini disebut juga dengan istilah qiyadah al-hizb(pemimpin parti) atau al-halaqah al-hizbiyahHalaqah ula ini, akan berkembang menjadi kutlah hizbiyah (kelompok bakal parti).


Kutlah hizbiyah adalah halaqah ula ditambah dengan banyak individu yang sepakat dengan fikrah dan thariqah yang ada. Kutlah hizbiyah dicirikan dengan adanya ikatan (rabithah) yang menjadi pengikat di antara banyak anggota baru tersebut. Ikatan ini adalah, Aqidah Islam dan Tsaqafah Islam parti yang lahir dari Aqidah Islam itu (hal. 22). Kutlah hizbiyah selanjutnya akan menjadi sebuah hizb mabda'i (parti politik ideologis) yang sempurna (hal. 23)


Hizb mabda'i, adalah kutlah hizbiyah yang sudah melakukan amal kepartian (hal. 23). Jadi ciri yang menunjukkan berubahnya kutlah hizbiyah menjadi hizb mabda'i, adalah adanya amal kepartian, yaitu melakukan pembinaan intensif untuk kalangan internal sehingga individu parti semakin banyak, dan pembinaan umum untuk masyarakat sehingga terwujud kesadaran umum di tengah seluruh masyarakat (hal. 25).



Tahapan dan Rangka Kerja Parti


Tahapan dan rangka kerja parti politik ideologi (hizb mabda'i) tersebut, dijelaskan dalam at-Takattul pada halaman 30-53, yang terdiri dari 18 (delapan belas) mata.

Sejumlah 18 mata tersebut, dapat dipilah lagi lagi menjadi 4 (empat) kategori penjelasan, yaitu: 
(1) mata nombor 1 - 8, menjelaskan tentang bagaimana pembentukan dan kemunculan sebuah parti yang benar
(2) mata nombor 9 - 12, menjelaskan kerja parti pada tahapan dakwah yang pertama (tahap pembinaan); (3) mata nombor 13 - 17, menjelaskan kerja parti pada tahapan dakwah yang kedua (tahap berinteraksi dengan masyarakat)
(4) mata nombor 18, menjelaskan kerja parti pada tahapan dakwah yang ketiga (tahapahan kekuasaan).

Tahap Pembinaan.

Pembinaan dalam parti berbeza dengan pendidikan di sekolah. Setiap ahli parti harus melalui proses pembinaan ini. Sebab, dengan proses ini seseorang akan memahami fikrah dan thariqah parti. Setiap orang yang hendak bergabung dengan parti harus menempuh fasa ini, tanpa memandang gelar dan kedudukan di tengah-tengah masyarakat. Kejayaan pada fasa ini merupakan jaminan bagi kejayaan pada fasa seterusnya

Tahap Berinteraksi Dengan Masyarakat

Pada fasa ini parti menceburkan diri di tengah-tengah masyarakat untuk memahamkan fikrah dan thariqah parti kepada umat dan berjuang bersama-sama umat demi melanjutkan kehidupan Islam.
Pada fasa ini parti akan menghadapi hambatan-hambatan dan bahaya-bahaya. Hambatan-hambatan yang ada:
(1) pertentangan ideologi parti (Islam) dengan ideologi di masyarakat
(2) perbezaan tsaqafah parti (Islam) dengan tsaqafah di masyarakat
(3) adanya orang-orang pragmatik di masyarakat, baik yang pasrah dengan realiti, maupun orang zalim yang enggan hidup dalam kebenaran
(4) keterikatan manusia dengan kepentingan-kepentingannya
(5) sukarnya mengorbankan kehidupan dunia di jalan Islam dan dakwah Islam
(6) perbezaan sarana-sarana fizikal di masyarakat, yang dapat mendorong parti membeza-bezakan pembinaan tsaqafah dan arahan ideologi di antara umat.

Sedangkan bahaya-bahaya ada dua, yaitu: 

(1) bahaya ideologi, yakni bahaya yang dapat mengancam fikrah atau thariqah parti
(2) Bahaya kelas, iaitu bahaya yang mengakibatkan anggota parti merasa menjadi kelas yang berbeza dengan masyarakat.


Tahap Penyerahan Kekuasaan

Inilah fasa terakhir yang akan ditempuh oleh parti, yakni, umat menyerahkan kekuasaan kepada parti demi menerapkan Islam secara menyeluruh dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia dalam sebuah Daulah Islamiyah.


Penutup


Kebangkitan umat mutlak memerlukan sebuah parti politik Islam sejati yang benar-benar mampu mengantarkan umat meraih tujuan-tujuannya. Adanya parti politik Islam yang sahih merupakan jaminan bagi tegaknya Daulah Islamiyah, serta jaminan bagi penjagaan kewujudan Daulah Islamiyah.

Walhasil, tegaknya dan terjaganya Daulah Islamiyah bergantung pada parti politik Islam sejati itu. Maka memahami bagaimana membentuk parti politik Islam yang sahih merupakan kemestian bagi kaum muslimin.