10 July 2013

yey kapel seminggu !

Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baik baik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')



Panas! Sensasi! Sekarang satu Malaysia dah tau pasal video adik sorang ni! Video 'aku janji'. takleh blah sungguh. Macam 'aku janji PRU13' pulak.

Tapi aku hangat hati sungguh, teks dia nih. Kaum perempuan la ni pandai spin spin. Dia bagi sapa yang bash dia haritu bagi rasa besalah. Yang jenih ni aku tak minat. Mentang mentang la perempaun+cute, senang senang ja nak raih simpati, nak tutup aib dia. Dah salah, buat cara besalah! Tengok fb skrg, orang berbalah sebab pbuatan dia.  C'mon la !

"ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka"
Aku ni jenis anti-perempuan *selain mak/kakak/bini aku. Aku tak suka bcakap/dengar/pandang depa.  Tapi prinsip aku, aku letak kaum perempuan tinggi lagi dari nyawa aku. Aku respect depa sebab depa ni special. Tapi sebab budak ni, respect aku kat perempuan turun. Hangpa senang sangat ikut cakap laki. Please la jangan macam tu. Perempuan melayu terkenal dengan sifat malu, dan sopan santun bla bla bla. Nak tunjuk sweet pun, takyah la nak public sangat. Tak kira la orang suka atau tak suka. Brader brader kat luar tu pun agak agak la. Dah tu awek nak buat stok bini, jaga la elok elok. Aku mengaku, aku pun kadang kadang terlanjur. "weh keluar dating jum....... eh tadak la, aku melawak ja" tang tengah tu aku pikir panjang. Aku mengaku kaum laki ni kdg kdg perosak anak dara. Aku tergolong dalam jenis tu la. Okeh. Balak dia kata semua orang suka. Puih ! Bodoh! Orang macam hang tak layak nak jaga dia. Tak pikir reti outcome dgn complication! Dah la tak hensem. Aku hensem lagi.

"download masuk note II dia"
okeh, nak tunjuk laki dia ada note II la tu. coihhhh aku punya lagi hebat. note biochem, note physio, anat bla bla bla. mula mula dia nak merendahkan diri, kemudian meninggikan diri pula. Tak faham betul aku. tulis "handset" sudah la.

"Allah uji Puteri ni bersebab"
tidak wahai cik puteri. hang yang meletakkan diri  dalam lembah kecelakaan. setiap manusia ada sifat furqan, iaitu dapat membezakan sama ada betul atau salah. 

"Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni"
okeyy ==' takkan yang ni pun nak bgtau. wajib akal, semua orang islam solat. tak perlu la bgtau. takkan la setiap kali hang solat, hang kena bgtau kat orang. dulu aku pun bgtau jgk kat orang. tu pun kat mak aku ja.

"dari dulu lagi Puteri ramai haters"
tips: limitkan bkawan(bkenalan) dengan orang. lagi ramai, lagi menyusahkan. tapi, cari la seorang sahabat. insyaAllah bahagia.

kadang kadang, orang yang berjaya merupakan orang yang pernah dizalimi, dihina, dicaci, dibash, dibenci. bla bla bla. aku tau. sebab aku pernah rasa..

"pesalah tak layak disupport. depa layak kena hina, kena caci. yang tu punca depa dapat semangat nak hidup. hang pi letak banduan kat tadika, mmg tak kena la"