11 June 2013

luahan hati : ukhwah dan sc

Assalamualaikum.


sesi pendifinisian. secara literal, ukhwah bermaksud persaudaraan. maksud mendalam sikit, ukhwah diertikan dengan terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah.

" syahadah 'Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah', adalah sekukuh-kukuh dan semulia-mulianya ikatan bagi para muslimin. "

SC natang apa pulak? strip club? hotakmu strip club. teruk punya otak.
SC tu singkatan untuk Smart Circle iaitu program program usrah yang insyaAllah banyak faedah dapat. ada pengisian ilmu agama, ada aktiviti riadah bersama (ramai-ramai).



luahan pemuda tiada nama

wAllahi, aku tak pernah join pun sc kat mesir ni ! tak pernah bukannya tak hendak. jadi, apa yang aku nak katakan , aku HENDAK join sc ni. untuk pengetahuan, hari ni hari last utk program sc bg tahun 2013. aku jeles plus kecewa la, tahun ni satu pun tak join. tengok gambar depa ber-usrah tadi. aku jeles bukan sebab ilmu yang depa dapat, tapi aku jeles sebab depa buleh berukhwah sesama saudara lain. damn !

aku gembira dengan ilmu yang mereka dapat,
tapi aku menyumpah mereka kerana mereka dapat bersama !

aku marah sebab apa? sebab aku takdak sekali dalam tu ! ella'Ana! woi, persaudaraan tu macam keluarga. satu ahli keluarga hilang atau tak cukup, takan hangpa buleh buat senyap ja. ukhwah apadia macam tu? apa yang hangpa belajaq sepanjang program tu? tinggalkan orang yang di belakang, biar yang depan saja maju. mcm tu ? screw you ! baik tak payah buat usrah!


suara luar : jangan salah kan depa,
dah hang sendiri yang tak pi kat depa.

statement di atas memang masuk akal juga. tapi ni aku nak habaq, setiap ahli usrah semua tu dijemput dan diperingat. setiap kali ada usrah, "hoi dokter, ptg ni ada usrah, mai la" "wei din, sc jum satgi". depa saling mengajak. yang herannya takdak pulak orang nak ajak aku. nama aku ada dalam sc la wei! harem shake! 

ya! aku ni low profile. aku ni tak famous. sebab tu hangpa tak ajak, hangpa tak amik tau pasai aku. sh*t!  tambahanaku tak pernah jumpa(tau) orang yang tak diajak , dia pi program tu. tak pernah! yang iftar aku pi haritu, nak tau aku rasa macam mana? aku rasa macam semut, orang bukan perasan aku wujud ka dak. *sorry nazimal, aku amik ayat hang. kalau dah nama program ukhwah, awat aku rasa mcm orang tak layan aku ja?

buat apa hangpa berukhwah,
kalau dalam perlaksanaan hangpa berasabiyah dan berpilih kasih?


ada la 2-3 orang yang kata kat aku "kalau ada 'program pengisian' nanti, aku ajak la hang". huhh, janji manis sahaja. 

janji manis kalau ditabur, semut pun buleh tunjuk jari 'f*ck' ,tunjuk telur !

nak tambah sikit lagi, ukhwah dalam kongsi gelap aku dulu tu lagi kuat lagi power dari ukhwah kat sini. "lu sentuh budak gua walaupun gua tak kenal, gua cangkoi lu punya pala." brader merah tak pernah pun pilih kasih mcm "lantaklah kat orang bawah, gua tak kenai depa, buat apa gua nak tolong" takdak pun. tapi kat sini? heihhhhhh sedih betul aku.

sampai di sini saja luahan hati aku. tulis byk byk, bukan hgpa nak baca pun. hahaha dan aku nak minta maaf banyak banyak sbb ada bahasa kasar dalam post kali ni. itulah luahan. kalau disimpan, nanti makan diri. aku ni orang yang hina lagi pembuat dosa, tapi aku akan sentiasa berusaha keluar daripada golongan tersebut.


"abang dulu bukan follower. abang gerak solo ja. tengok la lani, dah jadi leader dah"